Beginner

Beginner
25 Jul 2006 01:36 am

Adsense On Blogger

Soalan dari Mohd Noor
Ada beza tak kalau kita buat hanya guna free blogger ngan website biasa (cth: dotcom).
Takde.
Takde bezanya kalau kita buat website dari Blogger ke ataupun beli domain sendiri/server sendiri. Yang penting kandungan (content). Adsense akan scan semua content dalam page tu dan akan display iklan yang paling bersesuaian dengan kandungan page tersebut. Semua sekali dari Title tags, meta tags, URL, link, ALT tags kat gambar, link tags. Sama macam GoogleBot nengok site korang tu. Dia akan pick-up semua sekali. Tak kiralah page tu di-host kat mana,
Tapinye..
Biasa kalau kamu gunakan Blogger, dalam beberapa minggu pertama tu dia akan display iklan pasal blog je. Sebab korang hosting kat blogging server. Lama-kelamaan kualiti iklan ni akan diupgrade selepas Google crawler/spider ‘lawat’ website korang. Senang cerita lepas tu Adsense akan tahu website/blog korang tu mengenai apa. Dan diaorang akan target iklan untuk site/blog korang ni.
Ingat!
Pastikan content tu dalam bahasa inggeris. Kalau bahasa melayu diaorang tak paham kemende yang korang tulis tu. Lagi lama usia website tu, adsense akan lebih paham website tu tentang apa, dan diaorang akan display iklan yang lebih bersesuaian. Jadi kesabaran tu penting.
Harap jawapan saya membantu.

One Response to “Adsense On Blogger”

  1. on 03 Aug 2006 at 3:16 pm 1.Ainuddin said …

    Betul ke laman web BM boleh buat duit dari Adsense? Banyak seminar kata begitu.

Trackback This Post | Subscribe to the comments through RSS Feed

Leave a Reply